Wednesday, 4 December 2013

Pengalaman melahirkan anak sulung, Ashraff Azeeman

          Terdetik untuk berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungku, Ashraff Azeeman Bin Mohd Zuhri. Skrg Ashraff dah nak masuk 7 bulan dah. Tp pengalaman melahirkan dia masih segar lg dalam ingatan ni.

10 May 2013,
9am:
Aku bangun mcm biasa, terus ON laptop (nak start bukak kedai online lettew!) dan biarkan laptop tu terpasang. Sesambil tu, masuk toilet n buat apa yg patut. Masa tgh buang air kecil, nampak mcm ada benda coklat kat panty liner, pelik sekejap. Then tanya kawan. Kwn kata tu  petanda nak beranak. OMG.... Still x percaya (Sebab due date lama lg.. 26 May). Wassap husband yg kat KL (masa tu aku kt Kuching. Sob sob). Dia mulala kelam kabut n tanya semua manusia wanita kat opis dia n diorang kalut srh p hospital. Langsung x rasa sakit apa pun masa tu. Erkkk....

10.40 am:
Call mama suruh dia balik n ajak pergi hospital.
Me: Ma, ada darah keluar
Mama: Banyak ke? (Nada rileks)
Me: Erm... Entah.. sesudu kot...
Mama: Xde apa lah tu. Ko rilek je...
Erkkk ok baiklah. Terus p kat laptop n berniaga. Haha

11.15am:
Husband call.. (Alamak!)
Husband: Dah kat hospital ke?
Me: erkk... Kt rumah lagi...
Husband: Eh kan I suruh U call mama bawak u p hospital.
Me: Mama kata suruh rilek...
Husband: U call mama balik n ajak dia p hospital sbb semua org kata tu tanda2 nak bersalin!
Me: ok, baekkkk...

1pm
Mama pun muncul... Dia masak2 utk lunch, then ktorg lunch n siap2 nak p
Hospital. Siap packing brg gitew... Huhuhu

Dikecam hebat bila upload pic ni kat FB… Diorg srh bwk sehelai dua ja baju.. Hehehe… Ingatkan kena bawak banyak… Oppssss… Keluarkan balik...

2.30pm
Sampai di Normah Medical Specialist Centre
Daftar untuk jumpa Dr Suria, tp Dr Suria ada operation la pulak. Dsebabkan x sakit, gigih tunggu sebab takmau dgn org lain. Huhu.

4pm
Akhirnya Dr Suria pun muncul... So masuk jumpa dia, dia scan perut... Bila kat part jantung baby, something unexpected happened! Jantung baby slow slow slow sgt berdegup. Mcm nak berhenti!!!. Ok kitorang nebes!. Dia cek bukaan, dah 2cm katanya. (Tp nape aku x rasa apa2? Pelik...) Dr. Suria srh nurse pasang CTG kat perut utk moniter jantung baby n dia suruh masuk ward. Katanya, kol 8pm cek lg degupan jantung baby. Dia kata, srh husband dtg Kuching malam ni sebab esok pagi kena induce.  Aku n mama pun, "owhhh ok....".

My room for that night! Masa ni excited sbb x sabar nak jumpa baby!!!

5pm
Masuk ward. Baring2 atas katil, promote2 barang dlm my online page Baby Shop For Mommies dan rilek2... Time tu husband kat KL kalut p airport sebab flight dia at 1935. Huhu. Masa tu aku n mama ja kat ward. Abah? Outstation kat Istanbul, adik? Semua kat Uni masing2. Husband? Tgh kalut ke airport. Hehe
Mama: Ko x sakit lagi kan? Mama nak pergi mintak air selusuh la kt makcik bla bla bla...
Me: owh ok pergila.. X sakit apa pun...
Mama: Ok, apa2 nanti call.
Mama pun meninggalkan diriku ini... Huhu

6pm
Rasa macam senggugut. Alamak ni sakit nak beranak ke? Blur sgt. Dahla sorg2. Haishh..
Tgk jam. Ok kol 6pm tepat. Sakit dia mcm lebih kurang selama 60 saat. Pastu hilang. Ok lega..... Sambung berFB balik... Tetiba sakit balik. Tgk jam. Kol 1815. Eh sakit ni setiap 15 minit la.... Then sampai kol 1900, sakit macam dh setiap 5 minit. Call mama (yang konon cari air selusuh tu).
Me: Mama kat mana?
Mama: kat rumah
Me: erk kenapa lama sgt?
Mama: ingt nak jahit cadar tilam baby kejap
Me: hah? Dtg hospital skrg sbb akak dah rasa sakit tiap 5 minit!
Mama: owh dah sakit ke? Ok jap mama dtg
So while waiting, p mandi kejap n basuh rambut (sbb kata org masa berpantang x leh basuh rambut. Tp sbnrnya boleh je.. Cehhh)

7.45pm
Mama teman kt dlm ward sambil tanya banyak gila soalan. Rasa mcm mana? Ok ke? Pastu abah call pulak.. Tanya soalan tu soalan ni d saat guwe tgh sakit gila. Aku ckp dgn diorg "org dah x boleh fikir skrg ni, jgn tanya apa2 soalan."

8.30pm
Sakit macam dah tiap 3 minit. Alamak seksanya time tgh sakit tu. Nak bernafas pun susah. Sob sob. Masa tu segala FB kedai online n apa benda semua dah xleh fikir dah. Dok diam2 n meramas cadar je kerja. Kalut panggil nurse n suruh dia cek bukaan. Nurse pun muncul n cek... 7 cm katanya.... Dia kata dah boleh masuk labor room. Nak ke? Terus kalut jawab. Nak! Nak! Jom jom kita p labor room. "Kamek dah sik tahan lagik tok!" Giteww cakap bahasa Sarawak terus...

9.15pm
Nurse tolak pegi labor room. Sampai sana, kena tunggu kejap sebab Dr otw ke hospital. Mama ada kat sebelah baca selawat n segala surah. Masa ni dh tak boleh bulak mata. Sebab sakit sangat1000x. Contraction every 1 minute!!!

9.45pm
Dr Suria sampai.... Dia kata, kita tunggu husband u sampai dulu ya baru beranak.
Me: x payah Dr... Sy nak beranak sekarang je. Dah sik tahan lagik.
Dr Suria: ok la kalau macam tu, sy pecahkan ketuban dulu.
Bila Dr pecahkan ketuban, rs macam ada air suam keluar tanpa dapat dtahan2 mencurah2.... Lepas tu, terasalah contraction yg amat dahsyat! Don't know how to describe. Dr kata jgn push dlu. Baru 9cm. Tunggu lagi kejap. Tp dlm masa menunggu tu, asyik terteran ja. Mcm x boleh di kawal… Seksanya masa tu…. Then after few minutes, Dr Suria check lg bukaan… Full opening katanya… Dia suruh tarik nafas dalam2 n PUSH! Then rasa2 nya 3x teran kot (sbb 1st n 2nd cubaan mcm x cukup kuat) terasala mcm keluar sesuatu dr perut n semua sakit td hilang sekelip mata….

10.25pm
Tepat jam 2225; Jumaat; 10 May 2013, aku selamat melahirkan bayi comey bernama Ashraff Azeeman yang beratnya hanya 2.47kg n lahir pada week 37 of gestation,…. Gembiranya bila first time dapat sentuh dia…. Lepas dah selamat semua n Dr tgh jahit luka, husband pun muncul… Masa tu baby sedang dbersihkan… Dah bersih semua, baru baby Ashraff d azankan oleh papa nya.. X sempat papa tgk Ashraff dilahirkan… Next baby je la.. Malam tu, semalaman aku tak tidur malam tu sbb nak tunggu baby. Dapat jumpa kejap je kat ward lepas tu diorang bawak nursery utk dbersihkan. Lepas tu, nurse tak bagi baby sbb dia suruh ibu berehat,,… cehhh… orang tak rs penat apa pun…. Sabor je la….


Day 1 of life.. Menangis kelaparan kot.
My Heroes

Baby Ashraff dalam tilam kelambu… Sapa2 nak order tilam kelambu, sila2 whatsapp sy d 0111-7779763 :-)


Gambar Baby Ashraff yang paling latest…
Berminat dengan rompers Polo tu PM ya… Dapat 3 pcs dengan hanya RM35!!!



Habislah sudah pengalamanku…. Alhamdulillah dpermudahkan bersalin kali ni.. Syukur...

















7 comments:

  1. sempat promote barang.. hahah.. anak kita sebaya. my baby lahir 9 mac.. yeah, saya pun sakit teruk, mmg dok tarik cadar gak tahan sakit.. n yes, saya juga asyik terteran sbb xleh nk control kot.. bukan saja2.. when the time comes, sy dh xde tenaga.. kesian kan.. seb baik ada husband bagi semangat.. bile dh selamat, sy terdiam sb lega, tp risau sb baby x nangis. alhamdulillah semuanya ok :)

    *sy one of ur customer.. hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Even x teran pun tp terteran jugak… Dah jd mcm out of control…. Apa2 pun alhamdulillah kte semua selamat melahirkan baby yg comey2…. hehehe

      Delete
  2. Kte x sempat merasa teran..sbb ceaser..bukaan 3cm je..huhu

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tny bpe ea kos bersalin kat normah?thanks. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Haritu kena RM4k utk beranak normal. Tggl wad 1 malam.

      Delete
    2. salam tumpang tnya.. 4k delivery charge alone, or together with ward charges?

      Delete
  4. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete