Baby Bean Bag sekarang ni semakin popular di Malaysia macam pisang goreng panas! Tapi ada juga mommy yang masih keliru dan tertanya-tanya apakah fungsi sebenar baby bean bag… Meh sini saya terangkan serba sedikit pasal baby bean bag. :-)
Boleh guna sampai baby umur berapa?
Bean bag adalah satu pelaburan yang berbaloi-baloi sebab ianya boleh digunakan untuk bayi newborn hingga 5 tahun (Maximum weight 30kg). Berbaloi kan?
Contoh kegunaan bean bag
Untuk kanak-kanak, bean bag boleh dijadikan sebagai kerusi
Guna top yang tiada safety harness ya untuk kanak-kanak
Boleh basuh ke?
Semestinya boleh…. top bean bag ada zip keliling dia. Jadi, mommy hanya perlu buka zip tersebut dan ambil top lalu masukkan dalam mesin basuh. Siap!
Mommy akan dapat 2 helai top 1 with safety harness, 1 without it
Apa isi dalam bean bag?
Bean bag mengandungi biji-biji polysterine yang sangat ringan dan akan mengikut bentuk badan bayi bila bayi diletakkan di atasnya….
Biji-biji polisterin
Apakah fungsi bean bag???
Sebagai tempat tidur bayi
Sebagai tempat letak baby ketika di restoran
p/s: Pengawasan orang dewasa adalah diperlukan setiap masa
Ketika nak jalan-jalan pergi rumah orang… Hehe. Bean bag sangat ringan, senang nak usung kemana-mana
Untuk bayi yang tak mahu duduk dalam car seat asyik nak berpangku je dengan mommy dia, boleh guna bean bag untuk keselesaan ibu dan bayi.. Tak ada la mommy lenguh tangan pegang baby….
Zzzzzzz……..
Bila nak shopping berdua dengan baby… Tak mampu nak tolak stroller & troli at the same time.
Boleh digunakan ketika menyusukan bayi
Ketika tengah drive dan tiada car seat pada masa itu
p/s: Pengawasan orang dewasa diperlukan
Nak tengok design bean bag
Baby Ashraff relax tengok cartoon!
Semua ini adalah antara kegunaan bean bag… Mommy berminat????